ALAT KEMAHIRAN BERFIKIR
PETA MINDA
Saya memilih peta minda sebagai alat berfikir. Ini kerana peta minda
merupakan salah satu alat berfikir yang semakin popular dalam kalangan
masyarakat yang berpendidikan terutamanya dalam golongan kanak-kanak dan remaja
yang masih belajar lagi.
Peta minda diasaskan oleh Tony Buzan (1984) sebagai
satu cara untuk mencatat atau membuat nota dengan lebih ringkas, berkesan, dan
efektif. Sebenarnya, peta minda ialah mengingati kembali maklumat penting yang
kita ketahui dan cuba mengaitkan satu perkara dengan perkara-perkara lain yang
saling berkaitan.
Untuk membentuk peta minda, kita boleh menggunakan kata
kunci, imej, warna, lukisan tiga dimensi, saiz yang berbeza-beza dan garis
bawah (underlining). Golongan guru perlu menguasai konsep peta minda ini untuk
memudahkan lagi pelajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Terdapat beberapa
kesan baik dan buruk dalam penggunaan peta minda dalam pembelajaran.
Comments
Post a Comment